…me…


PPSMI
March 25, 2009, 10:46 pm
Filed under: Uncategorized

Aku mahu bicara hal ini dengan seseorang tetapi dia tidak punya masa untuk itu. Jadi aku bicara dengan diri sendiri sajalah. Gila. Memang gila itu aku. Sebenarnya aku tidak layak langsung untuk buka mulut tentang hal ini kerana ketiadaan pengetahuan dan fakta. Aku cuma punya rasa tentang hal ini.

PPSMI. Aku sokong pelaksanaannya di matrikulasi tetapi tidak pada peringkat persekolahan. Bolehkan? Kerana apa? Bahasa ibunda aku terpaksa mencari tempat di Tanah Melayu sendiri. Tetapi aku lebih melihat isu ini daripada sudut pendidikan. Menggubal dasar amat mudah. Sungguh. Walaupun mereka dakwa banyak kajian telah dilakukan. Mereka buang masa mereka, tenaga untuk mengkaji pros dan konsnya. Segalanya untuk menjamin pendidikan terbaik buat generasi akan datang. Kononnyalah.

Pernahkah mereka kaji, atau sekurang-kurangnya terfikirkan masa depan anak-anak yang membesar jauh di pedalaman? Yang ibu bapa mereka menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu di rumah. Yang ibu bapa mereka tidak ada asas sekalipun untuk berbahasa Inggeris? Yang mereka mahu melihat anak-anak mereka menjalani kehidupan yang lebih baik daripada mereka tetapi mereka tidak punya modal untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen untuk sekurang-kurangnya mengenali bahasa dunia. Masa pengajaran Bahasa Inggeris amat terhad di sekolah. Mana lagi tatabahasanya, kosa katanya, sasteranya. Sungguh, pendedahan selama bertahun-tahun itu belum tentu cukup untuk melahirkan pelajar yang mahir berbahasa Inggeris. Aku refleks diri aku sendiri. Aku ini masih sangat terkial-kial untuk menulis dan bertutur bahasa itu sedangkan mama ayah suap aku dengan buku-buku Bahasa Inggeris, titip aku kepada guru tuisyen yang sangat ikhlas, kini belajar tentang bahasa itu dan dengan izinNYa akan mengajar bahasa itu sedikit masa lagi. Lalu bagaimana dengan anak-anak itu? Yang pendedahan terhadap bahasa itu sangat sedikit. Satu hingga dua jam sehari di sekolah. Itupun ada hari yang tiada slot untuk Bahasa Inggeris.

Panggil aku si pesimis. Secara peribadinya, aku lihat mereka yang memekakkan telinga untuk PPSMBM (istilah ini ada atau tidak ya?) sebenarnya telah mengekang peluang anak-anak ini menjadi menjadi apa yang mereka impikan. Engkau ada duit. Anak engkau boleh dihantar ke sekolah swasta yang gunakan sepenuhnya Bahasa Inggeris. Engkau boleh upah orang untuk ajar anak-anak engkau. Engkau ada jalan lain untuk pastikan anak-anak engkau menjadi apa yang engkau inginkan. Habis tu, anak-anak ini?

Mereka anak-anak. Jangan suruh mereka berusaha lebih untuk mencapai kejayaan. Tahi lembu semua itu. Ajarkan aku bagaimana caranya untuk berusaha lebih jika duit untuk beli buku rujukan dan kamus pun mereka tidak punya (aku rujuk kepada anak-anak yang mahu belajar tetapi tidak mampu, bukan anak-anak yang tidak mahu belajar. Harap maklum) . Mereka ini jadi tidak bermotivasi. Kesudahannya, mungkin mereka akan kandas di tengah jalan. Lalu bagaimana masa depan mereka? Jangan jadi sangat tidak adil. Pendidikan adalah untuk semua. Bukan untuk mereka yang tertentu. Juga, mereka masih belum cukup dewasa untuk melihat arah tuju hidup mereka. Kesedaran itu masih sangat sedikit. Lainlah jika anak-anak ini berada di matrikulasi. Bolehlah engkau suruh mereka gandakan usaha kerana mereka bertanggungjawab sepenuhnya atas pencapaian mereka. Mereka sudah punya kesedaran. Oh, mungkin engkau akan kata. Sudah terlambat untuk mereka mengenali istilah-istilah itu di perinkat tinggi. Nanti mereka akan susah. Lihatlah, ada pelajar yang dihantar ke France dan Jepun. Bolehkan mereka sesuaikan diri dengan istilah baru? Bolehkan? Kerana mereka ada kesedaran. Mereka sudah nampak dengan jelas apa yang mereka mahu jadi. Pada pendapat aku yang buta hati ini,Sekurang-kurangnya berilah anak-anak ini peluang untuk melihat pencapaian maksimum mereka dalam peperiksaan awam dan arah tuju mereka, sama ada matrikulasi, politeknik, institut kemahiran, universiti, dsb.

Juga aku lihat daripada sudut profesyen perguruan. Perlu diambil kira, kebanyakan guru-guru telah terbiasa mengajar subjek ini dalam Bahasa Melayu. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku. Ketika aku tingkatan lima, aku lihat seorang guru terbata-bata ketika mengajar sains tingkatan satu kerana kekangan bahasa. Yang lancarnya adalah “ok, now turn to page 25”. Mungkin penjelasan mereka dalam bahasa ibunda akan jadi lebih baik berbanding Bahasa Inggeris. Mungkin pelajar akan beroleh idea yang ingin disampaikan dengan lebih sempurna. Mungkin para pelajar akan lebih berkeyakinan untuk bertanya dalam bahasa pertuturan harian mereka. Pada waktu itu aku sangat bersyukur kerana aku belajar biologi, fizik, matematik, matematik tambahan dan kimia diajar dalam bahasa ibunda aku. Tetapi aku sangat mengagumi guru itu kerana beliau sangat berusaha menyambut dasar yang ditetapkan, pada masa yang sama memberi yang termampu untuk anak didik beliau. Ya.. Engkau boleh katakan yang kini sudah ada ‘buddy system’ untuk membantu guru-guru. Tetapi adakah engkau berfikir yang mungkin ada segelintir guru-guru ini tidak mahu menyertai program itu. Mereka ada keluarga sendiri. Mereka ada beban kerja daripada jawatan seorang guru hinggalah kerani iaitu mengisi segala data pelajar, pencapaian, dsb. Masa mereka terhad. Aku katakan mungkin ini pendapat aku berdasarkan perasaan semata-mata. Juga, engkau terlepas pandang yang kadangkala guru-guru ini terpaksa meninggalkan kelas untuk menyertai kursus berkaitan dengan PPSMI. Guru-guru Bahasa Inggeris menjadi tenaga pengajar. Apa jadi dengan pelajar mereka?

PPSMI. Cantik di atas kertas. Tetapi pada hakikatnya? Ini adalah pertanyaan ya, bukan perlian. Sila jangan salah faham. Seperti yang aku katakan, aku tidak menolak sepenuhnya PPSMI. Aku cuma tidak setuju pelaksanaan pada peringkat sekolah. Kasihanlah anak-anak yang masih bersekolah. Anak-anak yang dijadikan pembolehubah. Masa depan mereka terkesan. Mungkin. Ya. Mungkin. Mungkin PPSMI akan jadi lebih cantik jika pelaksanaannya tidak dilakukan dengan tergesa-gesa. Sediakan barisan guru yang sedia untuk mengajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Bukannya paksa guru yang sudah biasa tengan istilah campur, darab, tolak,bahagi dan sama dengan pada hari ini untuk mengajar add, multiply, subtract, divide, equals to pada keesokan hari. Sumpah. Jika nanti aku terpaksa mengajar matematik dalam Bahasa Inggeris, aku jadi akan sangat gugup dan gagap kerana aku tidak kenal istilah Inggerisnya. Juga, tadika KEMAS mungkin boleh gunakan perantaraan Bahasa Inggeris sepertimana tadika swasta. Jadi, sekurang-kurangnya anak-anak ini tidak berhadapan dengan kejutan dalam tahun satu mereka.

Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar mungkin boleh ditambahbaik dengan mengubah cara pengajaran, sukatan pelajaran, menambah masa pengajaran. Mungkin. Haha. Aku jadi takut. Pung pang pung pang aku bercakap. Tapi boleh kah aku? Haish… Tidak ada kesimpulan di sini kerana aku tidak tahu untuk menyimpulkan apa. Niat tidak menghalalkan cara? Sesuaikah kesimpulan itu? Apakah yang aku mengarut ini? Oh… Aku memang pakar mengarut… Cumanya, aku sangat berharap dasar pendidikan tidak dipolitikkan. Duduk semeja. Berbincanglah. Apa yang terbaik. Rangka pelaksanaan yang terbaik. Kaji pada setiap sudut, hingga akar umbi. Pros dan kons dari sudut demografi, sosial, emosi, jasmani, dsb mereka yang terlibat dalam PPSMI. Huh, bercakap memang ssngat senang Nadiah. Haha.

Ini pandangan peribadi seorang Nadiah dan aku sebenarnya tidak berjaya menyampaikan apa yang aku rasa dengan baik. Aku juga tidak membuat sebarang kajian. Kesannya, aku yakin pasti akan terdapat ‘sweeping statement’ dalam picisan ini. Tetapi, inilah yang aku rasa tentang PPSMI. Aku minta, maafkan ketidakrelevan aku.




9 Comments so far
Leave a comment

call me outdated sebb post blog kt fs. in fact i dont have myspace or facebook. yeah i know. its so not cool..

   nadgreen 03.25.09 @ 10:55 pm

aku pun teringin untuk berkate sesuatu pasal PPSMI, tapi masih belum berkesempatan. Aku tak dapat nafikan hujah yang kamu suarekan berpihak pade fikiran dan pendapat seperti aku. aku sebagai seorang bakal guru seperti kamu, walaupun bakal mengajar bahasa asing, tp aku tetap merasakan anak anak kecil yang tidak punyai pendedahan bahasa inggeris di rumah berhak dan sepatutnye didedahkan dengan bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan dalam pengajaran dan pembelajaran. bagilah mereka peluang memahami subjek yang mereke pelajari, bagi mereke peluang fasih bertanya pada guru dalam bahasa yang mudah dingertikan dan menjawab setiap soalan penuh pengertian dan pemahaman. bukan menjawab soalan hanye kerana mahu lulus periksa. kalo ini hasilnye, input mungkin kosong. memang benar kalau didedahkan pada peringkat awal, banyak pros nya juga, tp sejauh mane? okla, panjang pula aku berkate kate.

   fathen 03.26.09 @ 6:42 pm

nadiah, apa kate u be one of the teacher yg educate children from the rural area..
means, u yg pegi mengajar kt skolah2 pedalaman tu.,
kalau u sanggup, demi masa depan anak bangsa.. =)

heheheh…jgn mrh…saje je mengomen..

   farhan 04.01.09 @ 8:16 am

look,
bende ni kene ad perubahan dr dasar. maybe keseluruhannye.
its juz my piece of thought la.
i dont have knowledge in d field. plus, im not a scholar.
they know much better than me.
i mean syllabus, approach sume2.
it is a long term process.
its not dat i go there, teach them vocab, grammar for 1 yr sume derg bley jd tros pndai.
language is about acquisition, we want the automaticity.
we learn it explicit n implicitly.
kte yg dh 21 thn ni pn snanye xtau sgt bm.
plus,
education is a system 4 all.
its neither an isolated component of society nor a channel 2 isolate people from society.
i dont know,
but than..
its juz my opinionla…
btw,u seem mocking me.hehehe.
if im destined 2 go 2 d rural area,
i will juz go there la…
i have 2.ngee~

   nadgreen 04.01.09 @ 12:42 pm

hahaha…
make sure ko betul2 pegi…
based on the nadiah that I know or knew…
u are not among those who are willing to go to rural area…
prove me wrong my friend…
but i really think I know you well enough…
hahahaha…

pastu..
mmgla kesian kat budak2 rural…
tp hendak seribu daya, x mahu seribu dalih…
my opinion will sound really really harsh but…
please think of it in a good way…

kalo kita nak ikut pace budak rural…
cuba pk perasaan budak x rural…
in a world where people keep moving forward…

(sbenarnye kan,argument aku panjang..if ko ada tym..onlinela kita bincang…hahahaha=p)

-you should know who I am-

   youshouldknowwhoamI 04.04.09 @ 9:20 pm

i guess i know u.haha.
mesti btol pnye if ak teka!
ye…
ak tau 2…
im talking about accessibility n availability here.
cane nk explain ek…
bukn soh ikot pace dak2 rural weh.
cume rombak blik cre plaksanaan.
longgarkn,mudahkn maybe…
die cam pusing2 tau x.
ak ni pn xphm sgt sal educatn system.
tp tu yg ak rase…
susahla,
haha.klu ak kene rural area,ak g r…willing or not willing 2 bab no 2.nanges2 pn, yg pntg ak g.
main reason: ak ad contract! wahahaha.
tp ak try la bg ape yg ak ad ni. share dgn derg (azam yg suci murni.whoa!)

   nadiah 04.05.09 @ 5:55 am

cuba lihat pada zaman dahulu..
bukankah di negara kita mempunyai sistem pendidikan yang menggunakan bahasa inggeris sebagai perantara?
adakah semasa zaman itu, semua orang Melayu yang majoritinya tinggal di kampung tercicir dalam pelajaran?
sebenarnya, di Malaysia ini kebanyakkan pegawai2 kerajaan di Malaysia, individu2 yang memegang jawatan tinggi, berpangkat besar adalah hasil daripada sistem pendidikan aliran Inggeris yang asalnya tinggal di kampung2, dimana ibubapa mereka tak ada duit untuk membelikan mereka buku2 rujukan, ataupun menghantar anak-anak mereka ke tempat tusyen.
Oleh itu, anak-anak itu belajar dengan usaha sendiri, tambahan dari usaha guru2 mereka, serta kesedaran ibu bapa mereka sendiri menghantar mereka ke sekolah aliran Inggeris.

in my opinion, i support PPSMI.
Why? For me, english is important especially in math and science’s subject.
but it doesnt mean that i look down at my own languange.
For me, as an engineering student, most of the reference books are using English as the medium.
So, if u change the engineering terms into Malay, then what it would be? It sounds weird.
For example, in traffic engineering, there is a word - superelevation. when i opened a Malay reference book, it was called kadar sendengan maksima.
So, the simplest way to tell u, if u want to gain knowledge, then master the language that widely used.
How?
Put your effort to learn more.

Pengajaran bahasa Inggeris nampak seperti ada masalah disebabkan tenaga pengajar itu sendiri yang tidak ada minat ataupun tidak mempunyai kredibiliti untuk mengajar bahasa Inggeris.
Jika hendak mengajar bahasa Inggeris, maka perlulah disediakan tenaga pengajar yang cekap menggunakan bahasa Inggeris.
So, for this time being we need the native speakers to train the teachers.

For students in rural area, i think they can cope with it.
If they want to have a good future, then their parents should motivate them to learn more English.
Jangan jadikan kesempitan hidup sebagai alasan untuk tidak mahu belajar. Itu semua alasan!
Nak seribu daya, taknak seribu dalih.
Kamu boleh katakan saya prejudis, saya tak rasa hidup di kawasan pedalaman bagaimana.
Tetapi ibu bapa saya,pakcik2 dan makcik2 saya yang semuanya asalnya dari keluarga yang miskin, tetapi mereka tidak menjadikan kemiskinan sebagai kekangan hidup, alasan untuk tidak belajar, alasan untuk tidak boleh menguasai bahasa Inggeris. Malah, mereka lebih bersemangat, lebih bermotivasi untuk belajar.
Contohnya orang2 Cina di Malaysia, mereka boleh menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik sekali. tetapi di rumah adakah mereka menggunakan kedua-dua bahasa itu sebagai bahasa perantaraan?
Mereka tahu akan bahasa itu penting, oleh itu mereka berusaha untuk belajar. Mereka tidak malu bertanya, mereka tidak malu untuk belajar.
Adakah semua orang Cina itu berasal dari keluarga yang kaya? yang semua belajar di tempat tusyen?
Mereka mahu mengubah nasib mereka, jadi mereka meletakkan pendidikan sebagai matlamat terpenting dalam hidup mereka.

Kita lihatlah sendiri orang-orang Melayu, lebih terjerumus ke arah bidang hiburan, lebih suka membuang masa, lepak-lepak di kedai kopi, merempit, cepat putus asa dan sebagainya..

Dont blame it on your economy status, whether you are rich or poor, blame it on yourself. It’s all about effort, performance, awareness and mentality.

So before i end, i would like to quote a saying by MISC’s head operation manager, ” in this recession era, whether u are Malay, Chinese, Indian, if you don’t perform, u are out”
It is a simple statement, but it has different meaning depends on how u interpret it.
TQ.

   Aini Sakinah 04.07.09 @ 6:14 pm

quoted from laskar pelangi:

“semua orang tidak percaya bahawa anak-anak miskin pun punya hak untuk belajar.”

“iya. yang penting kita. kita nggak boleh putus asa. tugas kita adalah ngeyakini anak-anak ini bahawa mereka harus berani punya cita-cita.”

quoted from neil, a. s. (1962):

“in education, intellectual development is not enough. Education must be both intellectual and emotional. In modern society we find an increasing separation between intellect and feeling.”

“the function of the child is to live his own life – not the life that his anxious parents think he should live, nor a life according to the purpose of the educator who thinks he knows what is best.”

“the absence of fear is the finest thing that can happen to a child.”

quoted from Bourdieu (1991):

“in the short term, the only way to sustain and equalizing mechanism within society is to take the apparent function of education at face value. In the long term, of course, the goal must be to ensure the apparent function of educational institutions become the real and only function.”

quoted from Simon (1982):

In relation with a key concept proposed by Gramsci - “a subordinate class can only become a hegemonic class by developing capacity to win the support of other classes and social forces.”

aku tidak berkata tentang anak-anak yang tidak mahu. pilihan di tangan mereka. aku sedang berkata tentang anak-anak yang mahu tetapi tidak mampu. ini kata kata McMillan (1991), walaupun masyarakat berdepan dengan situasi yang sama, setiap individu menginterpretasi situasi berkenaan dengan cara yang berbeza. Vygotsky (1962) juga menekankan bahawa hubungan individu dengan persekitaran adalah amat penting dalam menentubentukkan persepsi, matlamat dan arah seseorang.

sungguh, keadaan sosial sangat memberi impak pada kehidupan seseorang. aku tidak tipu. Bronfenbrenner juga katakan perihal yang serupa.

quoted from a song (laskar pelangi):

“mimpi adalah kunci, untuk kita menaklukkan dunia”

beri mereka mimpi dahulu bolehkan? jangan besarkan mereka dengan ketakutan yang masa depan ini terlalu sukar. kelak mereka akan jadi sesak mahu menjadi apa yang masyarakat mahukan. ya, ada yang tegar dan sangat positif. tapi ada juga yang sangat halus jiwanya, ditambah dengan keadaan yang tidak menyokong mereka walau seinci.

untuk aku - semoga aku mampu jadi seorang yang mampu beri mereka mimpi. doakan aku.

   nadgreen 05.01.09 @ 3:45 pm

ak sokong je ape yg kerajaan buat…diorng lebih tahu…sbb bukan mudah utuk meluluskan dasar dan menukar dasar…terlalu byk perbahasan…tapi kesian pada student yg jd eksperimen…ishk…ishk..

   arwen 11.19.09 @ 11:15 am



Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>