PPSMI
Aku mahu bicara hal ini dengan seseorang tetapi dia tidak punya masa untuk itu. Jadi aku bicara dengan diri sendiri sajalah. Gila. Memang gila itu aku. Sebenarnya aku tidak layak langsung untuk buka mulut tentang hal ini kerana ketiadaan pengetahuan dan fakta. Aku cuma punya rasa tentang hal ini.
PPSMI. Aku sokong pelaksanaannya di matrikulasi tetapi tidak pada peringkat persekolahan. Bolehkan? Kerana apa? Bahasa ibunda aku terpaksa mencari tempat di Tanah Melayu sendiri. Tetapi aku lebih melihat isu ini daripada sudut pendidikan. Menggubal dasar amat mudah. Sungguh. Walaupun mereka dakwa banyak kajian telah dilakukan. Mereka buang masa mereka, tenaga untuk mengkaji pros dan konsnya. Segalanya untuk menjamin pendidikan terbaik buat generasi akan datang. Kononnyalah.
Pernahkah mereka kaji, atau sekurang-kurangnya terfikirkan masa depan anak-anak yang membesar jauh di pedalaman? Yang ibu bapa mereka menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu di rumah. Yang ibu bapa mereka tidak ada asas sekalipun untuk berbahasa Inggeris? Yang mereka mahu melihat anak-anak mereka menjalani kehidupan yang lebih baik daripada mereka tetapi mereka tidak punya modal untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen untuk sekurang-kurangnya mengenali bahasa dunia. Masa pengajaran Bahasa Inggeris amat terhad di sekolah. Mana lagi tatabahasanya, kosa katanya, sasteranya. Sungguh, pendedahan selama bertahun-tahun itu belum tentu cukup untuk melahirkan pelajar yang mahir berbahasa Inggeris. Aku refleks diri aku sendiri. Aku ini masih sangat terkial-kial untuk menulis dan bertutur bahasa itu sedangkan mama ayah suap aku dengan buku-buku Bahasa Inggeris, titip aku kepada guru tuisyen yang sangat ikhlas, kini belajar tentang bahasa itu dan dengan izinNYa akan mengajar bahasa itu sedikit masa lagi. Lalu bagaimana dengan anak-anak itu? Yang pendedahan terhadap bahasa itu sangat sedikit. Satu hingga dua jam sehari di sekolah. Itupun ada hari yang tiada slot untuk Bahasa Inggeris.
Panggil aku si pesimis. Secara peribadinya, aku lihat mereka yang memekakkan telinga untuk PPSMBM (istilah ini ada atau tidak ya?) sebenarnya telah mengekang peluang anak-anak ini menjadi menjadi apa yang mereka impikan. Engkau ada duit. Anak engkau boleh dihantar ke sekolah swasta yang gunakan sepenuhnya Bahasa Inggeris. Engkau boleh upah orang untuk ajar anak-anak engkau. Engkau ada jalan lain untuk pastikan anak-anak engkau menjadi apa yang engkau inginkan. Habis tu, anak-anak ini?
Mereka anak-anak. Jangan suruh mereka berusaha lebih untuk mencapai kejayaan. Tahi lembu semua itu. Ajarkan aku bagaimana caranya untuk berusaha lebih jika duit untuk beli buku rujukan dan kamus pun mereka tidak punya (aku rujuk kepada anak-anak yang mahu belajar tetapi tidak mampu, bukan anak-anak yang tidak mahu belajar. Harap maklum) . Mereka ini jadi tidak bermotivasi. Kesudahannya, mungkin mereka akan kandas di tengah jalan. Lalu bagaimana masa depan mereka? Jangan jadi sangat tidak adil. Pendidikan adalah untuk semua. Bukan untuk mereka yang tertentu. Juga, mereka masih belum cukup dewasa untuk melihat arah tuju hidup mereka. Kesedaran itu masih sangat sedikit. Lainlah jika anak-anak ini berada di matrikulasi. Bolehlah engkau suruh mereka gandakan usaha kerana mereka bertanggungjawab sepenuhnya atas pencapaian mereka. Mereka sudah punya kesedaran. Oh, mungkin engkau akan kata. Sudah terlambat untuk mereka mengenali istilah-istilah itu di perinkat tinggi. Nanti mereka akan susah. Lihatlah, ada pelajar yang dihantar ke France dan Jepun. Bolehkan mereka sesuaikan diri dengan istilah baru? Bolehkan? Kerana mereka ada kesedaran. Mereka sudah nampak dengan jelas apa yang mereka mahu jadi. Pada pendapat aku yang buta hati ini,Sekurang-kurangnya berilah anak-anak ini peluang untuk melihat pencapaian maksimum mereka dalam peperiksaan awam dan arah tuju mereka, sama ada matrikulasi, politeknik, institut kemahiran, universiti, dsb.
Juga aku lihat daripada sudut profesyen perguruan. Perlu diambil kira, kebanyakan guru-guru telah terbiasa mengajar subjek ini dalam Bahasa Melayu. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku. Ketika aku tingkatan lima, aku lihat seorang guru terbata-bata ketika mengajar sains tingkatan satu kerana kekangan bahasa. Yang lancarnya adalah “ok, now turn to page 25”. Mungkin penjelasan mereka dalam bahasa ibunda akan jadi lebih baik berbanding Bahasa Inggeris. Mungkin pelajar akan beroleh idea yang ingin disampaikan dengan lebih sempurna. Mungkin para pelajar akan lebih berkeyakinan untuk bertanya dalam bahasa pertuturan harian mereka. Pada waktu itu aku sangat bersyukur kerana aku belajar biologi, fizik, matematik, matematik tambahan dan kimia diajar dalam bahasa ibunda aku. Tetapi aku sangat mengagumi guru itu kerana beliau sangat berusaha menyambut dasar yang ditetapkan, pada masa yang sama memberi yang termampu untuk anak didik beliau. Ya.. Engkau boleh katakan yang kini sudah ada ‘buddy system’ untuk membantu guru-guru. Tetapi adakah engkau berfikir yang mungkin ada segelintir guru-guru ini tidak mahu menyertai program itu. Mereka ada keluarga sendiri. Mereka ada beban kerja daripada jawatan seorang guru hinggalah kerani iaitu mengisi segala data pelajar, pencapaian, dsb. Masa mereka terhad. Aku katakan mungkin ini pendapat aku berdasarkan perasaan semata-mata. Juga, engkau terlepas pandang yang kadangkala guru-guru ini terpaksa meninggalkan kelas untuk menyertai kursus berkaitan dengan PPSMI. Guru-guru Bahasa Inggeris menjadi tenaga pengajar. Apa jadi dengan pelajar mereka?
PPSMI. Cantik di atas kertas. Tetapi pada hakikatnya? Ini adalah pertanyaan ya, bukan perlian. Sila jangan salah faham. Seperti yang aku katakan, aku tidak menolak sepenuhnya PPSMI. Aku cuma tidak setuju pelaksanaan pada peringkat sekolah. Kasihanlah anak-anak yang masih bersekolah. Anak-anak yang dijadikan pembolehubah. Masa depan mereka terkesan. Mungkin. Ya. Mungkin. Mungkin PPSMI akan jadi lebih cantik jika pelaksanaannya tidak dilakukan dengan tergesa-gesa. Sediakan barisan guru yang sedia untuk mengajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Bukannya paksa guru yang sudah biasa tengan istilah campur, darab, tolak,bahagi dan sama dengan pada hari ini untuk mengajar add, multiply, subtract, divide, equals to pada keesokan hari. Sumpah. Jika nanti aku terpaksa mengajar matematik dalam Bahasa Inggeris, aku jadi akan sangat gugup dan gagap kerana aku tidak kenal istilah Inggerisnya. Juga, tadika KEMAS mungkin boleh gunakan perantaraan Bahasa Inggeris sepertimana tadika swasta. Jadi, sekurang-kurangnya anak-anak ini tidak berhadapan dengan kejutan dalam tahun satu mereka.
Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar mungkin boleh ditambahbaik dengan mengubah cara pengajaran, sukatan pelajaran, menambah masa pengajaran. Mungkin. Haha. Aku jadi takut. Pung pang pung pang aku bercakap. Tapi boleh kah aku? Haish… Tidak ada kesimpulan di sini kerana aku tidak tahu untuk menyimpulkan apa. Niat tidak menghalalkan cara? Sesuaikah kesimpulan itu? Apakah yang aku mengarut ini? Oh… Aku memang pakar mengarut… Cumanya, aku sangat berharap dasar pendidikan tidak dipolitikkan. Duduk semeja. Berbincanglah. Apa yang terbaik. Rangka pelaksanaan yang terbaik. Kaji pada setiap sudut, hingga akar umbi. Pros dan kons dari sudut demografi, sosial, emosi, jasmani, dsb mereka yang terlibat dalam PPSMI. Huh, bercakap memang ssngat senang Nadiah. Haha.
Ini pandangan peribadi seorang Nadiah dan aku sebenarnya tidak berjaya menyampaikan apa yang aku rasa dengan baik. Aku juga tidak membuat sebarang kajian. Kesannya, aku yakin pasti akan terdapat ‘sweeping statement’ dalam picisan ini. Tetapi, inilah yang aku rasa tentang PPSMI. Aku minta, maafkan ketidakrelevan aku.
Jiwangkah?
IGNORE THIS ENTRY. THIS ENTRY IS ONE OF THE IMPACTS OF A BUNDLE OF ASSIGNMENTS THAT ARE TO BE SUBMITTED BY NEXT WEDNESDAY. FURTHERMORE, THE WRITER IS ABOUT TO BECOME CRAZY AS SHE DOES NOT KNOW WHAT ELSE TO CRAP IN ORDER TO FINISH THE ESSAYS.

Hurm.., Adakah sy jiwang? Jiwang ke sy ni? Sy jiwang? soalan spt ini bmain d benakku lewat mlm td *mcm wat cerpen plak =P*. Ah! Enggak mungkin dong! Tp ramai gak r kate ak jiwang. Mereka yang mendakwa ak jiwang adalah…………….. kak aynie, joe, mamat, aqel, dan… err… sape tah lg. xingatla.. Jiwang eh ak?
ad 1 lagu ak dgr 1 mlm 2. ak ckpla dgn joe, ni klu kwn2 skolah especially tasha tau sy dgr lgu ni mesti die ketawa cam hape. Bapak xingat dunia. ttbe joe mengeluarkan 1 statement yg mbikin gwe malu. awk mmg jiwang pon.Seb bek ak ni gelap. so xdelah nmpak muke ak jd merah ke.. so ak bley blagak slambe dgn pure2 spt emotionless. wahahaha! Iyalah cik bedah oi…, status jiwang tu agak mmalukn gak r..
aqel pon penah kate, ala..xpela…skali skala nk jadi jiwang cam kaklong. mase tu ak tnye asal kamu wat shout out cam tu? tah pape.. je kamu ni. jadi slps ini ak diam jelah klu die bsastera sasteri kt fs die.
tambahan pula, mamat pernah dengan banggenye menyatakn kpd ak “nad, konni jiwang r.ak tau ko jiwang!” Kenyataan ini telah mbuatkn ak mjerit, “hoi! Made ade! skati ko jek!”
so, sume ni indicate ape? Nadiah J.I.W.A.N.G.
Apakah? oh..sukarnya…untukku…accept the reality…. *nyanyi cam ramlah ram nyanyi lagu ape tah tu. iklan: ayah a.k.a encik huzir adalah peminat setia ramlah ram (haslinda, 1999). jgn marah ayah…hehehehehe…hurm, part chorus tau!*
Papelah… Tp malu r gak org kate ak jiwang. tp xkire!!! sume org pon jiwang! cume malu nk ngaku je. ni ak rase la… hasil pemerhatian seorg yg tdak puas hati apabila dilabel sbg jiwang, sy mendapati bahawa setiap insan di atas muke bumi ini mesti lentok klu dgr love song (jiwang gak kn ni?). xpon nanges2 bile tgk cite.haa! tasha nanges bile tgk hindustan! sorry tasha…hehehehe..ak xbley mjdi jiwang seorg dr. ak mesti drag org gak!
in conclusion, yelah2…ak jiwang.. tp ape kate kite tukar term jiwang to kpd melancholic? sedap skst dgr… btol x?
ak pon cam bangge je bile org pggil ak melancholic. hehehehe.
k r , nak sambung karut2 dlm essay EDUC 236. bobboiii!!!!
.Raya.
sket je lg nk raye. syahdu plak rase. kt sini dok dpn laptop je.klu kt kl, skang ni mesti tgh pk ape nk bwk blik raye nt. =)
tudung2,slendand2 yg beli kt masjid india,brooch…slalu g masjid india dgn ten,acap,mieza.mekaseh ten,acap…klu xd korg,sian kt ak ni… =) mieza pon. sebb teman ak.. penat hg ke hulu ke hilir sebb nk cr tdg yg ak bkenan kn.dhla taste kite totally bbeza.hahaha.
dulu kt ipba, ak ni org plg smangt nk blik dlm umah tu. slalunye akla org 1st packg bju sume.afte class,blari blik sebb ayh dh tggu kt bwh.pstu amek angah kt pj.pastu jam kt highway.mlm bru smpi…sonok.rindu.lg 2 ari nk raye ak anym ketupat.xdela terror sgt.tp sebb ak sorg je yg pndi kt umah tukn,hehe.lps sahur trusla anyam.sket je pon.slalu dlm 60-70 je.mama nk beli je.tp ak nk anyam gak.sebb nk escape psg curtain.hehehe.yela,at least klu anyam ketupat tu kte duduk je kn.pastu mlm raye isi kueh dlm balang kueh.potong kek sgala..bestnye,
pagi raye cam besela.tggu 3 org lelaki yg tsayang blik solat raye,pastu mintak maaf…klako gile mse ni.sebb ble cm syahdu mesti adek2 gelakkan.tp time derg lg r.hahaha.jhtnye la ak ni…pastu blik umah atok.pastu ptg balik muar plak.slalu tdo mua.sebb soknye nk konvoi dgn pakcik2 makcik2 belah ayah braye slagi bnafas.hehehe.tah ke mane2 braye.yg xsempat tu,braye sdr2 r..sebb mak usu nk blik kedah plak.tp sonok.sebb rmi2 kn.sok mlm blik bp blik.g plak braye umah sdare belah mama..pastu blik r umah…kt bp ni xrmi sgt kekwn dtg sebb k2kwn kt kota..sdey tau,
rupenye raye kt sini cm lg sdey je…tp xpelah.ak ad experience raye kt tmpt org.mlm td ak,fathen,diana,nisah,sarah,zack wat tart.at least ad la suasana raye.assgnment sume tolak tepi dulu.tutorial dh sep dh.nk ponteng nt.ak xkire.silap2 sminggu stret ak ponteng.1 yg ilang.mercun n bunga api.isk2,klu kt umah mlm2 gini mcm mercun kiteorg maen.even b4 je,still rse meriah.mane hala tah ayah dpt mercun tu..rindu2!!!!isk,
.selamat hari raya.maaf zahir batin.mintak dihalalkan pape yang ak terbuat, teramek, yang sngaje.
.gambar raye last year.ak rindu.




.Persembahan.
.Persembahan jiwa kita.
.Kita menari tarian yang rentaknya hanya kita yang tahu.
.Aku terus menari mengikut langkah indah yang kita cipta.
.Sedang langkahmu semakin laju, langkahku semakin hilang di pertengahan.
.Mengapa langkah kita berbeza?
.Itu langkah punya engkau!Bukan punya kita!
.Maaf.
.Teruslah dengan tarian engkau kerana aku pilih meneruskan tarian kita.
.Tarian yang aku ciptakan bersama engkau daripada jiwa yang terdalam.
.Akan aku sambut engkau andai engkau mahu menari bersamaku lagi.
.Kita persembahkan tarian yang lebih indah.
.Tetapi bukan persembahan jiwa.
.july15,08.
*this is crap. feel like updating my blog. so i typed this thing (sampah). dgn sungguh spontan dan bergaya. maksud apakah? maaf. ak sendiri tak tau.
.fat fat nadiah.
i gain weight.
8 kg! wawawa…
Serves me rite! hahahaha! hambek muke ak…
diet? huk… susahle nk resist food.
klu x munch cm tenang gitu hati…
terbayang-bayang food cam angau gitu.
especially chocs, beskots, cakes…
cane ni?
tulang selangka pon sekarang dah malu-malu nk tunjukkan diri.
aiseyman…
lemak plak semakin galak mengumpulkan pengikut-pengikut.
pipi plak dh lagi tinggi dpd hidung yg kemek ni.
Jeans? Whoa. Rapat dah ke thigh. Spt perumpaan bagai isi dgn kuku.
Klu nk button tu bukn lg kne inhale. Tp inhell.
ish,
how if the penambahan berat tu consistent?
mama dgn ayah still bley recognise anaknye ini ke in 2 yrs time? atau, a giant named nadiah yg bakal dijemput? Adei…
exercise?
hohohoho. its cold outside. (lame excuse)
what should i do? (innocent monologue)
nadiah… nadiah… xdpt den nk nolong…
.zaman kurus-kurus dulu.

.zaman gemok-gemok sekarang.
*berdasarkan gambar, betol r adek kate… kaklong gemok mcm panda. tp adek lg gemok! hohohoho.
dia kata, "u can go… as u wish."
jiwang+rock kapak mode~
Aduhai Seribu Kali Sayang
Berdosakah diriku
Terpaksa melepaskan
Cintamu yang serapuh
Dahan nan kering usang
Yang akhirnya kan patah
Terhempa gemeretap
Oh sungguh memilukan
Tak dapat ku bayangkan
Seribu kali sayang
Sangkaku kan ke mati
Cerita kasih kita
Rupanya seketika
Setelah merelakan
Setelah kau bisikkan
Segugus janji-janji
Tergamak kau mungkiri
Apakah sebenar yang terjadi
Hingga kau bersikap demikian
Sedangkan kau
Sesungguhnya percaya
Kasihku tak berbelah bagi
Aduhai
Tak sanggup ku kenangkan
Semua telah nyata
Cintamu gurauan
Datang dan hilang
Semahu hatimu
Itulah falsafah
Pegangan cintamu
Namun harus kau ingat
Hati yangmanakah
Selamanya kan sabar
whooaa..
a song i currently listening to
instead of reading academic books (sebab nak exam), i keep layaning this song
haish~
Dia kata, "ambillah hati saya. Saya tak mahu lagi… Bawa pergi jauh-jauh."
akhir yang merupakan awal
Segala puji dan penghormatan kepada Pencipta awal dan akhir..
satu proses pembelajaran yang tiada henti.
penuh dengan awal dan akhir.
Akhir bukan bererti noktah.
Akhir membuka ruang untuk awal terjadi.
Maka manusia berfikir, merenung, mentafsir.
Mencari kesempurnaan untuk hari-hari yang seterusnya.
Akhir merupakan satu titik awal untuk manusia bangkit.
Kebangkitan yang memungkinkan sesuatu yang lebih baik terjadi.
Akhir memberi manusia kekuatan untuk memulakan suatu awal.
Kekuatan yang tidak ditemukan semalam.
Kesedihan adalah akhir bagi kebahagiaan.
Namun juga awal bagi keberserahan.
Penilainan mengakhiri dugaan.
Penilaian juga yang mengawali pembuktian.
Hidup diwarnai dengan akhir dan awal.Dimulai dengan kebingungan.Berakir
dengan pengertian.Pengertian yang kemudiannya menjadi awal suatu
pemahaman terhadap sesuatu perkara.
Ada akhir melingkari setiap awal.
Ada awal menyusuli setiap akhir.
Home,where my heart is..,
I miss home.. Really I am..
Being there with mama,ayah,aqel,haziq,faiq,ex-wawasans.
Sharing stories, laughter, tears.A place where I feel safe.Surrounded by people who I love and care.
And I know they love and care about me too.Honestly,it is tough to be a part from them.But slowly..I learn to be independent and strong.I realize that they love me so much.They are always there for me.They never betray me.They accept me the way I am.No matter what.Even after I hurt their feelings..
How I wish I am at home now…Haish~
"skarang ni kte x jumpe tp kte slalu sama2.." (ayah)
"jauh ni akn buat kte rindu..kte akn jd lbey rpt" (mama)
"kteorg slalu dgn kaklong tau. Cume invisible jer.." (aqilah)
"Nadiah.Aku slalu dgn ko." (tasha)
"we all here really care bout u." (farhan)
n the list goes on… =)
To my family n frens kt Msia.I love u guys..THANKS!
Allah doesn’t give us people that we want.
Instead, He gives us people that we need.
To love, hurt and teach us.
So that we can b a person that we should be.
He knows what is the best for His servants.
.if i could.
If I could catch a rainbow
I would do it just for you,
And share with you its beauty
On the days you’re feeling blue
If I could build a mountain
You could call your very own,
A place to find serenity,
A place to be alone
If I could take your troubles
I would toss them in the sea,
But all these things I’m finding
Are impossible for me
I cannot build a mountain,
Or catch a rainbow fair,
But let me be what I know best,
A friend who’s always there
.sesuatu yang tertunda.
sy mpunyai angan2.
tetapi angan2 itu ttunda.or..thenti.
sy juga mlihat org di sekeliling.
mereka juga punya angan2.
yg thenti.
ianya mbuatkn sy takut utk bhrp lg.
utk mhadapi esok yg xpasti.
takut utk mbuat keputusan.
takut utk kecewa lg.
sebabnye.
adalah sgt penat bile hrpn tggal hrpn.
ape yg kita hrpkn tu xjd kenyataan.
so.
sy mbuat ksimpulan.
sy harus mhargai apa yg sy ad sekarang.
drpd berangan2 ttg esok.
ttg sesuatu yg xpasti.